Pembinasa kelas Zumwalt

Pembinasa kelas Zumwalt
Ringkasan kelas
Pembina: Bath Iron Works
Pengguna:  Tentera Laut Amerika Syarikat
Didahului oleh: kelas Arleigh Burke
Diganti oleh: kelas-Arleigh Burke Flight III
Kos:
  • AS$22.5 bilion (kos program pada FY15)
  • $4.24B per unit (tidak termasuk R&D) setakat 2016
Ditauliahkan: 15 Oktober 2016
Dibina: 1
Dirancang: 32
Disiapkan: 2
Dibatalkan: 29
Aktif: 2
Ciri-ciri umum
Jenis: Pembinasa peluru berpandu
Sesaran: 15,742 long ton (15,995 t)
Panjang: 610 ka (190 m)
Lunas: 80.7 ka (24.6 m)
Draft: 27.6 ka (8.4 m)
Jana kuasa:
  • 2 × turbin gas Rolls-Royce MT30 (35.4 MW (47,500 hp) setiap satu) driving Curtiss-Wright electric generators
  • 2 × turbin penjana Rolls-Royce RR4500 (3.8 MW (5,100 hp) setiap satu)
  • 2 × bebaling yang dipacu oleh motor elektrik
  • Jumlah: 78 MW (105,000 shp)
Halaju: 30 kn (56 km/j; 35 mph)
Trup: Kor Marin A.S.
Anak kapal: 147 +28 detasmen udara
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Radar pelbagai fungsi AN/SPY-3 (jujukan imbasan aktif elektronik band-X)
Persenjataan:
  • 20 × modul VLS MK 57, 4 sel per modul, 80 sel pelancar kesemuanya
  • RIM-162 Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM), 4 per sel
  • Tomahawk taktikal, 1 per sel
  • Peluru berpandu anti kapal selam pelancaran menegak (ASROC), 1 per sel
  • 2 × 155 mm (6 in)/62 kaliber Advanced Gun System; kelopak 920 butir. tidak boleh digunakan, tiada peluru
  • 2 × 30 mm (1.2 in) Mk 46 Mod 2 Gun Weapon System
Pesawat yang dibawa:
  • 1 × helikopter SH-60 LAMPS atau MH-60R
  • 3 × MQ-8 Fire Scout VT-UAV
Kemudahan penerbangan: Dek penerbangan dan hangar tertutup untuk sehingga dua buah helikopter berat sederhana

Pembinasa kelas-Zumwalt adalah sebuah kelas pembinasa peluru berpandu dalam Tentera Laut Amerika Syarikat yang direka sebagai sebuah kapal halimunan pelbagai pepranan dengan fokus untuk misi serangan darat. Kelas pelbagai peranan keduanya adalah sebagai kapal permukaan dan peperangan anti pesawat. Asalnya, ia telah direka dengan peranan utama untuk memberi sokongan temabkan meriam daripada laut. Ia bertujuan untuk mengantikan tempat kapal tempur. Kapal ini direka berdasarkan dua buah Advanced Gun System, turet dan kelopaknya, serta peluru Peluru Serangan Darat Jarak Jauh (Long Range Land Attack Projectile atau LRLAP) yang unik. Perolehan LRLAP kemudian dibatalkan, disebabkan meriam-meriam yang tidak dapat digunakan, oleh itu pihak tentera laut kemudian menilai semula kapal ini untuk tujuan peperangan permukaan. Rekabentuk kelas ini terhasil berdasarkan program "pembinasa serangan darat" DD-21 atau "DD(X)".

Kapal pertama dari kelas ini dinamakan Zumwalt bersempena dengan nama Laksamana Elmo Zumwalt dan membawa nombor badan DDG-1000. Asalnya, 32 buah kapal dirancang akan dibina, dengan AS$9.6 bilion kos untuk penyelidikan dan pembangunan dibahagikan pada semua kapal. Apabila kos melebihi angaran, jumlahnya diturunkan kepada 24 buah, kemudian 7 buah dan akhirnya 3 buah. Peningkatan kos yang ketara iaitu AS$4.24 bilion bagi setiap kapal (tidak termasuk kos R&D) dan melebihi kos seunit bagi sebuah kapal selam kelas-Virginia berkuasa nuklear (AS$2.688 bilion). Peningkatan kos per unit secara dramatik ini mencetuskan salah laku Pindaan Nunn–McCurdy dan pembatalkan bagi pembinaan seterusnya. Pada April 2016, kos keseluruhan program adalah AS$22.5 bilion, dengan kos purata sebuah kapal adalah AS$7.5 bilion.