Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia
Dianugerahkan untuk "Persembahan pelakon wanita dalam watak utama sesebuah filem"
Diberikan  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Negara Malaysia
Diperkenalkan pada 1980 (untuk persembahan filem pada 1979/1980)
Pemenang pertama Azean Irdawaty,
Esok Masih Ada (FFM 1)
Kini dipegang oleh Susan Lankester,
Rain Town (FFM 33)

Pelakon Wanita Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia yang dianjurkan secara tahunan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang mengiktiraf pelakon wanita yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam filem. Pencalonan pelakon wanita dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut.

Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) yang diberikan kepada pelakon lelaki.