Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia
| Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia | |
| Dianugerahkan untuk | "Persembahan pelakon lelaki dalam watak utama sesebuah filem" |
| Diberikan | Perbadanan Kemajuan Filem Nasional |
| Negara | Malaysia |
| Diperkenalkan pada | 1980 (untuk persembahan filem pada 1979/1980) |
| Pemenang pertama | Tan Sri Jins Shamsuddin, Tiada Esok Bagimu (FFM 1) |
| Kini dipegang oleh | Beto Kusyairy, Imaginur (FFM 33) |
Pelakon Lelaki Terbaik FFM merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia yang dianjurkan secara tahunan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang mengiktiraf pelakon lelaki yang telah memberikan persembahan yang terbaik dalam filem. Pencalonan pelakon lelaki dalam kategori ini telah ditentukan oleh juri-juri yang berpengalaman. Dalam mencari pemenang, pemenang tersebut ditentukan oleh kesepakatan juri-juri tersebut.
Anugerah ini setara dengan anugerah Pelakon Wanita Terbaik (FFM) yang diberikan kepada pelakon wanita.