Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
| FINAS | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 26 Julai 1980 |
Bidang kuasa | Kerajaan Malaysia |
| Ibu pejabat | Kompleks Studio Merdeka, Ulu Klang, Selangor |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Komunikasi Malaysia |
Laman sesawang | www |
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ialah agensi kerajaan bagi industri filem Malaysia. FINAS adalah serupa dengan Persatuan Wayang Gambar Amerika di Amerika Syarikat. Pada tahun 2013, FINAS bergabung dengan Filem Negara Malaysia untuk membentuk satu agensi. Bekas ketua pengarah FINAS, Dato’ Kamil Othman dilantik sebagai pengerusi FINAS pada 24 Februari 2023, menggantikan Datuk Seri Zurainah Musa. Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak 31 Oktober 2023.