Festival Filem Malaysia Pertama
| Festival Filem Malaysia Pertama | |
|---|---|
Tiada Esok Bagimu, Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Pertama (1979/80) | |
| Tarikh | 10–13 April 1980 |
| Tempat | Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur |
| Tema | Malam Merak Kayangan |
| Sorotan | |
| Filem Terbaik | Tiada Esok Bagimu |
| Pengarah Terbaik | Jins Shamsuddin (Tiada Esok Bagimu) |
| Pelakon Lelaki Terbaik | Jins Shamsuddin (Tiada Esok Bagimu) |
| Pelakon Wanita Terbaik | Azean Irdawaty (Esok Masih Ada) |
| Gambaran keseluruhan | |
| Pencalonan terbanyak | Adik Manja (6) |
| Pemenang terbanyak | Tiada Esok Bagimu (4) |
Festival Filem Malaysia Pertama disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 1979. Sebanyak 16 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini dan tema bagi acara ini ialah Malam Merak Kayangan. Majlis ini dicetuskan oleh EJA, sebuah persatuan wartawan, bersedia mengadakan sebuah anugerah perfileman seperti Festival Filem Cannes di Perancis. Malam anugerah diadakan pada 13 April 1980, bertempat di Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Malam penganugerahan tersebut bertemakan Malam Merak Kayangan.