Azean Irdawaty
Azean Irdawaty | |
|---|---|
Azean dalam satu sesi fotografi pada 2011, semasa bertarung dengan kanser. | |
| Kelahiran | Azean Irdawaty binti Yusoef 27 Februari 1950 |
| Meninggal dunia | 17 Disember 2013 (umur 63) |
| Sebab kematian | Tumor dan limfedema |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur |
| Nama lain | Kak Yan |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 1970–2013 |
| Pasangan | Khairil Anwar Zainal Mokhtar Rashidi (k. 1977; m. 2013) |
| Anak-anak | 3 (termasuk Benjy) |
Azean Irdawaty Yusoef (27 Februari 1950 – 17 Disember 2013) ialah seorang bekas pelakon dan penyanyi Malaysia yang mula mencipta nama sebagai penyanyi era 1970-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak akhir 70-an dan awal 80-an.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Yan, meninggal dunia pada Selasa 17 Disember 2013 akibat penyakit tumor dan limfedema.