Beto Kusyairy

Beto Kusyairy
Beto di set penggambaran filem CEO.
Kelahiran
Nurkusyairy Zakuan bin Osman

(1980-02-19) 19 Februari 1980
PendidikanDiploma Perhotelannya
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2001–kini
PasanganTisha Shahar (k. 2008)
Anak-anak1

Dato' NurKusyairy Zakuan Osman (lahir 19 Februari 1980) atau lebih dikenali sebagai Beto Kusyairy ialah seorang pelakon dan penyanyi lelaki Malaysia. Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007.

Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal termasuk Chow Kit (2012), Istanbul Aku Datang! (2012), CEO (2014), Gila Baby (2014), Bisik Pada Langit (2017), Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022), Imaginur (2023), Reversi (2024) dan Gayong (2025). Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Kekasihku Seru (2008), Juvana (2011), Jangan Ambil Padang Kami (2012), Hanya Padamu (2013) dan KL Gangster: Underworld (2018-2020).

Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.