Paskah Yahudi

Pesakh
Passover
Susunan meja untuk hidangan utama menyambut Pesakh
Nama rasmiIbrani: פסח (Pesach)
Diraikan oleh/di
Yahudi, Samaritan
JenisSalah satu Shlosha Regalim
KepentinganMerayakan Eksodus, pembebasan dari perhambaan Bani Israel dari Mesir kuno yang mengikuti Sepuluh Wabak.
Permulaan 49 hari Pengiraan Omer
SambutanDalam amalan Yahudi, satu atau dua jamuan raya - dua malam pertama; sewaktu zaman Kuil Suci, Pesakh Korban. Dalam amalan Samaritan, lelaki berkumpul untuk suatu upacara keagamaan di Gunung Gerizim yang termasuk Korban Pesakh.
Bermulahari ke-15 Nisan
Tamathari ke-21 Nisan di Israel, dan di kalangan sesetengah diaspora Yahudi liberal; hari ke-22 Nisan di luar Israel di kalangan diaspora Yahudi yang lebih tradisional.
Tarikh15 Nisan, 16 Nisan, 17 Nisan, 18 Nisan, 19 Nisan, 20 Nisan, 21 Nisan, 22 Nisan
Berkaitan dengan
Shavuot ("Pesta Berminggu-minggu") yang mengikuti 49 hari dari malam kedua Pesakh.

Pesakh atau Paskah (bahasa-bahasa Ibrani dan Yiddish: פֶּסַח Pesach, Tiberia: [pesaħ] ( dengar), Ibrani Moden: Pesah, Pesakh, Yiddish: Peysekh, Paysakh; bahasa Inggeris: Passover) adalah sebuah hari suci dan perayaan disambut masyarakat Yahudi dan Samaritan yang memperingati keadaan gawat dihadapi bani Israel yang ditindas dan diperhambakan semasa Mesir Purba sehingga terpaksa melarikan diri.

Pesakh bermula pada hari ke-15 pada bulan Nisan (sama dengan Mac dan April dalam takwim Gregory), bulan pertama takwim Ibrani menurut dengan Bible Ibrani.

Dalam kisah Eksodus, Bible menceritakan bahawa YHWH menurunkan sepuluh wabak ke atas rakyat Mesir sebelum Firaun membebaskan hamba-hamba Ibraninya, dengan wabak kesepuluh membunuh semua anak kelahiran pertama, dari anak lelaki Firaun hingga ke anak kelahiran pertama tawanan penjara, ke anak kelahiran pertama lembu. Orang Ibrani telah diarah untuk menandakan pintu rumah mereka dengan darah biri-biri dan, dengan melihat ini, "roh Tuhan" melintasi rumah ini, oleh itu memberikan istilah "pesakh". Apabila Firaun membebaskan orang Ibrani, dikatakan bahawa mereka lari dalam keadaan terburu-buru hingga mereka tidak dapat menunggu untuk roti menaik. Untuk memperingatinya, bagi sambutan Pesakh, tiada roti naik dimakan yang membuatkannya digelar "Perayaan Roti Tidak Menaik". Matza (roti leper/tidak menaik) adalah simbol asas perayaan ini.

Paskah adalah salah satu dari tiga perayaan ziarah (Shalosh Regalim, selain Shavuot dan Sukkot) sewaktu mana keseluruhan penduduk Yahudi mengikut sejarah melakukan ziarah ke Kuil Suci Jerusalem. Samaritan masih membuat ziarah ini ke Gunung Gerizim, tetapi hanya lelaki yang menyertai dalam penyembahan awam.