Yahudi Ethiopia

Beta Israel
ביתא ישראל
Uri Ben Baruch
Baruch Tegegne
Shlomo Molla
Zohar Zimro
Pnina Tamano-Shata
Tahounia Rubel
Hagit Yaso
Kawasan ramai penduduk
 Israel 130,000 (2011)
2.15% daripada jumlah penduduk agama Yahudi Israel
 Habsyah4,000
 Amerika Syarikat1,000
Agama
Yahudi (Haymanot · Rabbinisme) · Kristian Orthodoks Ethiopia
Paparan amaran: Laman menggunkan Templat:Kotak info kumpulan etnik dengan parameter "poptime" yang tidak diketahui

Yahudi Ethiopia atau Yahudi Habsyah (Bahasa Ibrani: יְהוּדֵי ‏אֶ‏תְיוֹ‏פְּ‏יָ‏ה‎: יְהוּדֵי ‏אֶ‏תְיוֹ‏פְּ‏יָ‏ה, Yehudei Atiopia, Ge'ez: "የኢትዮጵያ አይሁድዊ", "ye-Ityoppya Ayhudi") ialah nama untuk komuniti Yahudi yang tinggal di Empayar Aksum dan Habsyah (Ethiopia, Habesh atau Abyssinia), yang kini terbahagi antara Amhara dan Tigray.

Nama lainnya ialah Beta Israel (Bahasa Ibrani: בֵּיתֶא יִשְׂרָאֵל‎: בֵּיתֶא יִשְׂרָאֵל - Beyte (beyt) Yisrael, Ge'ez: ቤተ እስራኤል—Bēta 'Isrā'ēl, moden Bēte 'Isrā'ēl, EAE: "Betä Ǝsraʾel", "Rumah Israel" atau "Komuniti Israel"

Hampir semua orang Yahudi Habsyah kini menetap di Israel. Kerajaan Israel telah melakukan operasi pemindahan Yahudi Habsyah, seperti Operasi Musa (1984) dan Operasi Salomo (1991), kerana meletusnya perang saudara dan kebuluran di Habsyah, namun ada juga yang masih tetap tinggal di Habsyah.

Tercatat semasa ini terdapat sekitar 119,500 orang etnik Israel Ethiopia, di mana 38,500 atau 32% dari komuniti tersebut lahir di Israel; yang lain lahir di Habsyah.