Masnah (Arab: مَثْنَاة, rumi: mathnāh) atau Misynah (Ibrani: מִשְׁנָה, rumi: mišnah, lit. 'pengulangan') ialah himpunan tafsiran dan ulasan lisan rabai Yahudi terhadap isi kandungan Kitab Taurat pegangan mereka; ia karya besar pertama seumpamanya. Kerja-kerja penghimpunan dan penyuntingan mula-mula dilakukan Yehuda ha-Nasi mungkin di Beit Syearim (tidak jauh dari Haifa) atau Safuriyah di Jalil dalam rantau Palestin sekitar akhir abad ke-2 dan awal abad ke-3 TM didorong keadaan gawat masyarakat Yahudi semasa yang ditindas ketika itu serta kekhuatiran mungkin terjejasnya penerusan kefahaman lisan kaum Farisi dari zaman Bait Kedua (516 SM – 70 TM).
Sebahagian besar Misynah ditulis dalam suatu laras khusus bahasa Ibrani tetapi beberapa bahagian dalam bahasa Aram Barat Palestin.