Paloh (filem)

Paloh
Poster keluaran tayangan
PengarahAdman Salleh
PenulisAl Jafree Md Yusop
Lakon layarAdman Salleh
Dihasilkan olehJurey Latiff Rosli (penyelaras)
Dibintangi
SinematografiTeoh Gay Hian
Disunting olehElias Maidin
Muzik olehAyob Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWorld Evolution Brain
Tarikh tayangan
  • 10 Julai 2003 (2003-07-10) (Malaysia)
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM3.8 juta
Pecah panggungRM142,000

Paloh ialah sebuah filem drama sejarah Malaysia 2003 arahan Adman Salleh dengan skrip oleh Adman dan Al Jafree Md Yusop, terbitan bersama Filem Negara Malaysia (FNM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Berlatar belakangkan tahun 1944, selepas konflik antara Komunis dan tentera Jepun, filem ini mengisahkan Ahmad, yang bekerja dengan tentera Jepun, dan jatuh cinta dengan seorang gadis Cina bernama Siew Lan. Pada masa yang sama, Ahmad dipergunakan oleh keluarganya sendiri untuk mendapatkan maklumat tentang tentera Jepun. Filem ini dibintangi oleh Janet Khoo dan Namron serta dibintangi bersama oleh Zack Taipan, Gibran Agi, Ellie Suriati dan Hasnul Rahmat.

Asalnya bertajuk Autonomi, filem ini ialah filem kedua terbitan bersama Filem Negara dan FINAS selepas Embun (2002) dengan kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM3 juta. Penggambaran dijalankan di Perak dari Oktober sehingga Disember 2002. Paloh mula ditayangkan pada 10 Julai 2003 di pawagam seluruh Malaysia. Meskipun telah menerima pelbagai ulasan positif, filem ini menjadi kegagalan komersial apabila hanya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM142,000. Filem ini telah menerima 6 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-17 dan telah memenangi 1 anugerah di Anugerah Skrin 2005. Ini merupakan filem terakhir lakonan M. Amin sebelum kematiannya pada Januari 2003, 6 bulan sebelum filem ini ditayangkan dan ditujukan khas dalam kenangan buatnya.