Adman Salleh

Adman Salleh
Kelahiran
Adman bin Md. Salleh

(1949-10-08) 8 Oktober 1949
PendidikanDiploma Seni Halus
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPengarah, penulis skrip, pelakon
Tahun aktif1969–kini

Adman Md. Salleh (lahir 8 Oktober 1949) ialah seorang pengarah filem, penulis skrip dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengarah filem patriotik Paloh (2003).

Adman memulakan kerjaya awalnya sebagai juruanimasi di Filem Negara Malaysia (FNM), kemudian sebagai pengarah dan penerbit drama di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau merupakan pemegang Diploma Seni Halus di Institut Teknologi MARA (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM).

Beliau dikenali sebagai seorang pengarah yang "sangat serius, peka, bertanggungjawab, teliti serta penuh profesionalisme" menurut Suzan Ahmad dari Berita Harian.