P. Kamalanathan
Kamalanathan a/l Panchanathan கமலநாதன் பஞ்சநாதன் | |
|---|---|
Datuk Kamalanathan | |
| Timbalan Menteri Pendidikan I | |
| Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
| Menteri | Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid |
| Didahului oleh | Datuk Mary Yap Kain Ching |
| Digantikan oleh | Teo Nie Ching |
| Timbalan Menteri Pendidikan II | |
| Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 28 Julai 2015 | |
| Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin (I) Idris Jusoh (II) |
| Didahului oleh | Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi |
| Digantikan oleh | Senator Chong Sin Woon |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi P94 Hulu Selangor, Selangor | |
| Dalam jawatan 25 April 2010 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Zainal Abidin Ahmad (PKR–PR) |
| Digantikan oleh | June Low Hsiad Hui |
| Majoriti | 3,414 (PRU-13) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Kamalanathan a/l Panchanathan 18 Oktober 1965 Sentul, Kuala Lumpur, Selangor |
| Parti politik | Kongres India Malaysia |
| Pasangan | Datin S. Shobana |
| Kediaman | Taman Garing, Rawang |
| Tempat belajar | Edith Cowan University (BA) Universiti Utara Malaysia (M Pol Sci) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Pengamal Perhubungan Awam |
| Laman web | http://www.pkamalanathan.com/ |
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"
Datuk P. Kamalanathan, DPMK (Kedah), KMN, (lahir Kamalanathan a/l Panchanathan; 18 Oktober 1965) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor dari Kongres India Malaysia (MIC), parti komponen Barisan Nasional. Beliau tewas dengan bilangan undi 27,392 pada PRU-14. Beliau ditewaskan oleh June Leow Hsiad Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor kini. June Leow menang dengan undi yang amat banyak iaitu 40783. Manakala beliau memenangi kerusi P94 Hulu Selangor dengan bilangan undi 37,403 pada Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013. Beliau menewaskan Khalid Jaafar (PKR), Radzali Mokhtar (Bebas) dan Santhara Kumar Ramanaidu (Bebas). Di peringkat akar umbi beliau adalah Ketua Penerangan MIC.