Zainal Abidin Ahmad (ahli politik)
Zainal Abidin Ahmad DPMS, SMS | |
|---|---|
| زين العابدين أحمد | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Hulu Selangor | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 25 Mac 2010 | |
| Didahului oleh | Palanivel Govindasamy |
| Digantikan oleh | Kamalanathan Panchanathan |
| Timbalan Menteri Besar Selangor | |
| Dalam jawatan 1995–1999 | |
| Ketua | Menteri Besar Selangor Muhammad Haji Muhd Taib, Abu Hassan Omar |
| Kawasan pilihan raya | Dusun Tua |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Dusun Tua | |
| Dalam jawatan 1990–2004 | |
| Didahului oleh | Mohamed Azmir Mohamed Nazir |
| Digantikan oleh | Rahmad Musa |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Zainal Abidin bin Ahmad 10 Oktober 1939 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Meninggal dunia | 25 Mac 2010 (umur 70) Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kuala Lumpur |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur |
| Pasangan | Siti Zaharah Mohd Zin |
| Anak | 4 |
Zainal Abidin bin Ahmad (10 Oktober 1939 – 25 Mac 2010) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat bagi Hulu Selangor selepas menang bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2008. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor di bawah Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib pada tahun 1999. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan bekas orang kuat UMNO Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.