Bangsa Han

Bangsa Han
漢人; 汉人
Pegawai semasa dinasti Ming (1368–1662) memakai hanfu
Jumlah penduduk
1.4 bilion
Kawasan ramai penduduk
China1.29 bilion
Taiwan22 juta
Thailand10 juta
Malaysia6.91 juta
Amerika Syarikat3.80–5.79 juta
Singapura3.07 juta
Indonesia2.83 juta
Myanmar1.64 juta
Kanada1.47 juta
Filipina1.35 juta
Australia1.21 juta
Vietnam992,600
Jepun922,000
Bahasa
Cina
Agama
Kumpulan etnik berkaitan
Bangsa Han
Tulisan Cina Tradisional漢族
Tulisan Cina Ringkas汉族
Maksud harfiahBangsa Han

Bangsa Han (Cina Ringkas: 汉族/汉人; Cina Tradisional: 漢族/漢人; pinyin: hànzú atau hànrén) ialah kelompok etnik yang berasal dari China. Sebagai kelompok etnik yang merupakan kaum Cina yang terbesar, Ia juga merupakan kelompok etnik yang terbesar di dunia, dengan bilangan melebihi 1.3 bilion orang. Bangsa Han merupakan lebih kurang 92% daripada jumlah penduduk tanah besar China dan sekitar 19% daripada jumlah penduduk dunia. Terdapat perbezaan genetik, linguistik, kebudayaan, dan sosial yang amat besar antara berbagai-bagai subkumpulannya, khususnya disebabkan oleh beribu-ribu tahun asimilasi pelbagai kelompok etnik serta puak-puak di China. Bangsa Han secara tradisi dilambangkan dengan warna merah.