Nur Fatima

Nur Fatima
نور فاتيم
Nama lahirNur Fatimah binti Abdul Wahab
Juga dikenali
sebagai
Nur Fatima
Kelahiran (1982-07-22) 22 Julai 1982
Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Genre
Pekerjaanpenyanyi, komposer, penulis lagu, penerbit rakaman
Alat muzikVokal
Tahun aktif1999–kini
Syarikat rakamanDelima Records, Positive Tone
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Nur Fatimah Abdul Wahab (Jawi: نور فاطمه عبدالوهاب; lahir 22 Julai 1982) merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan penerbit rakaman wanita Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai peserta Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kerjaya muziknya bermula apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Bintang Gala 2, juga terbitan RTM pada 1999.

Mendapat pendidikan di Institute SEA dalam jurusan Kejuruteraan Audio, beliau muncul dengan album pertamanya berjudul Selembut Sutera diterbitkan oleh Adnan Abu Hassan, manakala album keduanya iaitu Gadis diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar. Beliau melancarkan album singlenya Rindu pada 2008 berkonsepkan pop balada. "Rindu" merupakan lagu ciptaannya sendiri dan liriknya ditulis oleh Ireani Yaakop, sementara muziknya pula disusun oleh Audi Mok. Beliau juga pernah menjadi penyampai berita di 8TV.

Beliau juga pernah menulis lirik antaranya untuk lagu-lagu seperti Caramu nyanyian Nikki Palikat dan Zahid, Malu Tapi Mahu (Dina) dan Satu Harapan (Jaclyn Victor). Beliau juga pernah mencipta lagu untuk artis-artis tempatan seperti Ziana Zain, Suki, Diddy Hirdy, Jaclyn Victor, Stacy, Ayu Damit dan ramai lagi.