8TV
| Negara | Malaysia |
|---|---|
| Kawasan penyiaran |
|
| Slogan |
|
| Ibu pejabat | |
| Pengaturcaraan | |
| Bahasa |
|
| Format gambar | |
| Pemilikan | |
| Pemilik | Media Prima Berhad |
| Pertubuhan induk | Metropolitan TV Sdn. Bhd. |
| Orang penting | Nini Yusof Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios |
| Saluran saudara | Senarai |
| Sejarah | |
| Dilancarkan |
|
| Menggantikan | MetroVision |
| Ditutup |
|
| Nama lama | MetroVision (1 Julai 1995 - 1 November 1999) |
| Pautan | |
| Laman web | www |
| Ketersediaan | |
| Terestrial | |
| MYTV | Saluran 108 (HD) |
| Satelit | |
| Astro/NJOI | Saluran 148 |
| IPTV | |
| Unifi TV | Saluran 108 (HD) |
| Media penstriman | |
| Tonton | Tonton secara langsung |
| Unifi TV | unifi PlayTV |
| 8TV | |||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tulisan Cina Ringkas | 八度空间 | ||||||||||||||||
| Maksud harfiah | Ruang Kelapan | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
8TV (Cina: 八度空间; pinyin: Bādù Kōngjiān) merupakan sebuah stesen televisyen swasta terestrial nasional di Malaysia. Ia dilancarkan pada 8 Januari 2004. 8TV ialah milik Media Prima Berhad dan merupakan "adik" kepada TV3 dan untuk tidak menjejaskan penonton-penonton TV3, 8TV menyiarkan rancangan-rancangan untuk kumpulan fokus pelanggan yang berbeza iaitu lebih kepada remaja, kanak-kanak, muzik dan juga rancangan Bahasa Cina. 8TV mula bersiaran 24 jam sehari pada 4 Mei 2021.
Pada asalnya, ibu pejabat saluran ini bersiaran dari Shah Alam, Selangor pada 1 Julai 1995 dikenali sebagai MetroVision dan kemudian berpindah ke Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Januari 2004 dipanggil secara rasmi sebagai 8TV sebelum bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2024 sama seperti yang berlaku pada TV3, NTV7 dan TV9 apabila berpindah ke ibu pejabat New Straits Times Press pada tahun 2024.
TV3, TV9, NTV7, 8TV dan stesen radio dikawal selia oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.
Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman Media Prima, Tonton, MYTV Mana-mana dan unifi PlayTV. 8TV dan saluran Media Prima yang lainnya tiada dalam aplikasi Astro GO dan sooka kerana di platform Astro dan NJOI masih disiarkan dalam bentuk definisi standard (SD) walaupun siarannya ke resolusi 16.9 atau resolusi HD.