Diddy Hirdy

Diddy Hirdy
Kelahiran
Syamsul Hirdy bin Muhid

(1985-10-05) 5 Oktober 1985
Nama lainDiddy AF4
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2006-kini
Ibu bapaMuhid Liman (bapa)
Kamariah Ahmad (ibu)
SaudaraKay Khydir (adik)
Kerjaya muzik
Alat muzikVokal

Syamsul Hirdy Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy Hirdy (lahir 5 Oktober 1985) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Kuala Lumpur.

Penyanyi kegemarannya ialah Anuar Zain, Marc Anthony, dan James Ingram. Pelakon kegemarannya pula ialah Afdlin Shauki, Rosyam Nor, Hans Isaac, AC Mizal, Erra Fazira, Nasha Aziz, Umie Aida dan Erma Fatima. Beliau lahir dari keluarga berdarah seni, lulusan diploma pentadbiran perniagaan ini mengimpikan untuk mengecap kejayaan di AF. Masa santai dihabiskan dengan sesi karaoke bersama rakan dan keluarganya.

Sekarang menetap di Lodge Lane, Liverpool dan sedang melanjutkan pengajian pascaijazah dalam muzik di University of Liverpool, England.