Korea Utara


Republik Rakyat Demokratik Korea
  • 조선민주주의인민공화국
    朝鮮民主主義人民共和國
  • Chosŏn Minjujuŭi Inmin Konghwaguk
Bendera Jata
Cogan kata
  • 《강성대국》
  • ("Negara Kuat dan Sejahtera")
Lagu kebangsaan
  • 《애국가》
  • "Aegukka"  (transliterasi)
  • ("Lagu Patriotik")
Tanah yang dikawal oleh Korea Utara yang ditunjukkan dalam hijau gelap; didakwa tetapi tanah yang tidak dikawal ditunjukkan dalam hijau muda
Ibu negara
dan bandar terbesar
Pyongyang
Bahasa rasmiKorea
Tulisan rasmiChosŏn'gŭl
DemonimOrang Korea Utara • Orang Korea
KerajaanJuche satu parti republik sosialis dibawah Dinasti Kim
• Setiausaha Agung Parti dan Presiden Suruhanjaya Hal Ehwal Negara
Kim Jong-un
• Presiden Presidium Perhimpunan
Choe Ryong-hae
• Naib Presiden Pertama Suruhanjaya Hal Ehwal Negara
Choe Ryong-hae
• Naib Presiden Suruhanjaya Hal Ehwal Negara
Pak Pong-ju
• Premier
Kim Tok-Hun
• Pengerusi Perhimpunan
Pak Thae-song
Badan perundanganPerhimpunan Agung Rakyat
Penubuhan
Keluasan
• Jumlah
120,540 km2 (46,540 bt2) (ke-98)
• Perairan (%)
4.87
Populasi
• Perkiraan 2019
25,245,544 (48)
• Bancian Penduduk 2011
24,052,231
198.3/km2 (513.6/sq mi)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$109.322 billion (87)
$4,330 (121)
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$48.6 bilion (104)
$1,925 (124)
Gini (2019)31
sederhana
HDI (2019)0.707
tinggi
Mata wangWon Korea Utara (₩)
(KPW)
Zon waktuUTC+9:00 (Waktu Pyongyang)
Format tarikh
  • yy, yyyy년 mm월 dd일
  • yy, yyyy/mm/dd (CE–1911 / CE)
Arah memandukanan
Kod panggilan+850
Kod ISO 3166KP
DPT internet.kp

Korea Utara atau nama rasminya Republik Rakyat Demokratik Korea (RRDK, 조선민주주의인민공화국, 朝鮮民主主義人民共和國 Chosŏn Minjujuŭi Inmin Konghwaguk) merupakan sebuah negara yang terletak di bahagian utara Korea. Ibu negara dan bandar raya terbesarnya ialah Pyongyang. Negara ini bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara dan barat laut,di sepanjang sungai Yalu (Amrok) dan sungai Tumen. Sebahagian kecil sungai Tumen turut menjadi sempadan negara ini dengan Persekutuan Rusia di timur laut. Kawasan Zon Bebas Tentera Korea menandakan sempadan antara Korea Utara dengan Korea Selatan (Republik Korea). Kepengesahan sempadan ini tidak diterima oleh kedua-dua pihak kerana negara-negara tersebut mendakwa bahawa mereka ialah pemerintah yang sah bagi seluruh semenanjung.