Kim Jong-un
Kim Jong Un 김정은 | |
|---|---|
| Setiausaha Agung Parti Pekerja Korea | |
| Menyandang jawatan 11 April 2012 | |
| Didahului oleh | Kim Jong Il |
| Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara | |
| Menyandang jawatan 29 Jun 2016 | |
| Perdana Menteri | Choe Yong-rim Pak Pong-ju Kim Jae-ryong Kim Tok-hun |
| Naib Presiden Pertama | Choe Ryong-hae |
| Didahului oleh | Kim Jong-il |
| Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Korea Utara | |
| Menyandang jawatan 30 Disember 2011 | |
| Didahului oleh | Kim Jong-il |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 8 Januari 1982 Pyongyang, Korea Utara |
| Parti politik | Parti Pekerja Korea |
| Tempat belajar | Universiti Kim Il Sung Akademi Tentera Universiti Kim Il Sung |
| Tandatangan | |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | Korea Utara |
| Tahun khidmat | 2010–kini |
| Pangkat | Daejang (Jeneral) |
| Kim Jong-un | |
| Chosŏn'gŭl | 김정은 |
|---|---|
| Hancha | 金正恩 |
| Perumian Semakan | Gim Jeong-eun |
| McCune–Reischauer | Kim Chŏng'ŭn |
Kim Jong Un (Hangul: 김정은; Hanja:金正恩) juga dieja ,sebagai Kim Jong-un, Kim Jong-eun atau Kim Jung-eun, (lahir 8 Januari 1984) merupakan penyandang jawatan Pemimpin Agung Korea Utara. Beliau secara rasminya diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung selepas kematian bapa beliau, iaitu Pemimpin Agung Korea Utara yang kedua, Kim Jong Il.
Beliau merupakan anak lelaki ketiga dan bongsu kepada pendahulunya, Kim Jong Il dan isterinya Ko Young-hee. Sejak akhir tahun 2010, Kim Jong Un dianggap sebagai pewaris sah kepimpinan negara, dan selepas kematian bapanya, beliau diumumkan sebagai "Pewaris Agung" oleh media Korea Utara. Di upacara peringatan Kim Jong-il, presiden Korea Utara, Kim Yong Nam mengisytiharkan bahawa "Rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Un merupakan pemimpin agung parti, tentera dan negara yang mewarisi fahaman, kepimpinan, keperibadian, nilai-nilai murni, kecekalan hati dan keberanian rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Il". Kim tidak dijangka memegang jawatan secara rasmi sehingga para pegawai parti, parlimen dan pemerintahan atasan bersidang untuk mengesahkan perlantikannya selaku Setiausaha Agung Parti Buruh Korea dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat. Pada 30 Disember 2011, Politburo Parti Buruh Korea melantik Kim sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea secara rasmi. Kim Jong Un juga pernah direkodkan telah membunuh pakciknya untuk merampas kuasa.
Dalam Tentera Rakyat Korea, beliau berpangkat Daejang (Hangul: 대장; Hanja:大將) yang bersamaan dengan Jeneral. Kim dipercayai mengkaji sains komputer secara persendirian di Korea Utara. Beliau meraih dua ijazah, iaitu satu dalam bidang fizik di Universiti Kim Il-sung dan satu lagi di Akademi Tentera Kim Il-sung|Akademi Tentera Kim Il Sung.