Era Kristian

Era Kristian (juga Era Kini atau Era Biasa), disingkatkan sebagai CE adalah nama alternatif bagi era takwim, Tahun Masihi (singkatannya M). BCE pula adalah singkatan bagi Sebelum Era Kristian/Biasa/Kini (atau alternatifnya Sebelum Masihi, SM). Penamaan CE/BCE digunakan dalam sistem penomboran tahun yang diperkenalkan pada abad ke-6 oleh sami Kristian, Dionysius Exiguus. Beliau memulakan tahun Masihi, yang menggunakan permulaan kehidupan Jesus Christ sebagai tarikh rujukan. Tidak termasuk tahun sifar, dua tatatanda iaitu CE/BCE dan SM/M secara berangkanya adalah setara seperti "2013 M" sepadan dengan "2013 BCE" dan "200 SM" adalah sepadan dengan "200 BCE".