Ng Yen Yen

Ng Yen Yen
PSM; DPMP (Pls); SSAP (Phg); DGSM (Mel); DPMK (Kel); DSAP, DIMP (Phg)
Menteri Pelancongan Malaysia
Dalam jawatan
10 April 2009 – 16 Mei 2013
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (2009)
James Dawos Mamit (2009-2013)
Didahului oleh Azalina Othman Said
Digantikan oleh Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 10 April 2009
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Noriah Kasnon
Didahului oleh Sharizat Abdul Jalil
Digantikan oleh Shahrizat Abdul Jalil
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Raub
Dalam jawatan
29 November 1999 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Teng Gaik Kwan
Digantikan oleh Mohd Ariff Sabri Aziz
Majoriti2,752 (PRU-12)
9,752 (PRU-11)
5,864 (PRU-10)
Naib Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Dalam jawatan
18 Oktober 2008 – 21 Disember 2013
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Pahang
Dalam jawatan
13 Disember 1993 – 12 Disember 1996
Maklumat peribadi
Lahir (1946-04-06) 6 April 1946
Kota Bharu, Kelantan, Malaya British (kini Malaysia)
Parti politik Persatuan Cina Malaysia
PasanganDr. Chin Chee Sue
Anak3
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor
Laman webhttp://www.drngyenyen.com/

Tan Sri Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen (lahir 6 April 1946) merupakan ahli politik Malaysia dari Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga bekas Menteri Pelancongan Malaysia di dalam kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Raub, Pahang. Di peringkat akar umbi, beliau adalah bekas Naib Presiden MCA, parti komponen Barisan Nasional (BN), wanita pertama yang memegang jawatan itu. Perlantikannya dalam barisan kabinet mencatatkan sejarah sebagai wanita Cina pertama yang memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet.