Neoliberalisme
| Sebahagian daripada siri |
| Liberalisme |
|---|
|
Neoliberalisme ialah fahaman yang menghidupkan semula idea-idea liberalisme ekonomi laissez-faire yang wujud pada abad ke-19; idea-idea tersebut termasuklah dasar-dasar pembebasan ekonomi seperti penswastaan, penjimatan cermat, penyahkawalseliaan, perdagangan bebas serta pengurangan perbelanjaan pemerintah demi meningkatkan peranan sektor swasta dalam lingkungan ekonomi dan masyarakat.