Kedaulatan undang-undang
Kedaulatan undang-undang ialah prinsip perundangan yang menyatakan bahawa keseluruhan negara harus diperintah oleh undang-undang. Prinsip tersebut biasanya merujuk kepada pengaruh undang-undang kepada keseluruhan masyarakat, terutamanya para pemerintah pengatur perilaku, termasuk perilaku para pejabat pemerintah. Dalam hal ini, kedaulatan undang-undang adalah lawan kepada tirani atau oligarki, di mana para pemerintah berada di atas undang-undang. Istilah ini berasal dari budaya Inggeris pada abad ke-16, dan pada abad berikutnya, ahli teologi Scots Samuel Rutherford menggunakan istilah tersebut dalam hujah menentang hak ketuhanan raja.
Albert Venn Dicey dalam Introduction to the Law of the Constitution mengatakan bahawa kedaulatan undang-undang memiliki tiga unsur dasar:
- Supremasi aturan undang-undang: seseorang hanya boleh dihukum kalau melanggar undang-undang;
- Kedudukan yang sama di mata undang-undang, baik pemerintah mahupun rakyat jelata;
- Terjaminnya hak asasi manusia melalui undang-undang dan keputusan pengadilan.
Kedaulatan undang-undang dikira sebagai antara perkara kunci dalam menentukan kualiti dan darjat tadbir urus baik negara. Kajian seperti Penunjuk Tadbir Urus Antarabangsa menetapkan kedaulatan undang-undang sebagai: "darjhat agen memiliki keyakinan dan menuruti peraturan masyarakat, khususnya kualiti penguatkuasaan kontrak, polis dan kehakiman serta kecenderungan jenayah atau keganasan."