Abraham Lincoln
Abraham Lincoln ايبريهم ليڠکن | |
|---|---|
Presiden Abraham Lincoln pada November 1863 | |
| Presiden Amerika Syarikat ke-16 | |
| Dalam jawatan 4 Mac 1861 – 15 April 1865 | |
| Naib Presiden | Hannibal Hamlin (1861–1865) Andrew Johnson (1865) |
| Didahului oleh | James Buchanan |
| Digantikan oleh | Andrew Johnson |
| Ahli Dewan Perwakilan A.S. dari daerah ke-7 Illinois | |
| Dalam jawatan 4 Mac 1847 – 3 Mac 1849 | |
| Didahului oleh | John Henry |
| Digantikan oleh | Thomas L. Harris |
| Ahli Dewan Perwakilan Illinois | |
| Dalam jawatan 1834–1842 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 12 Februari 1809 Sinking Spring Farm, dekat Hodgenville, Kentucky, A.S. |
| Meninggal dunia | 15 April 1865 (umur 56) Rumah Petersen, Washington, D.C., A.S. |
| Cause of death | Dibunuh |
| Tempat semadi | Makam Lincoln, Perkuburan Oak Ridge Cemetery, Springfield, Illinois, A.S. |
| Parti politik | Whig (1834–1854) Republikan (1854–1865) |
| Gabungan politik lain | Kesatuan Kebangsaan (1864–1865) |
| Tinggi | 6 kaki 4 inci |
| Pasangan | Mary Todd (k. 1842) |
| Anak |
|
| Ibu bapa |
|
| Bidang pengkhususan | Peguam, ahli politik |
| Tandatangan | |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | Amerika Syarikat Illinois |
| Cabang/khidmat | Illinois Militia |
| Tahun khidmat | 3 bulan (21 April 1832 – 10 July 1832) |
| Pangkat |
|
| Perang/Pertempuran | Perang Black Hawk |
Abraham Lincoln (Jawi: ايبريهم ليڠکن; 12 Februari 1809 – 15 April 1865) ialah seorang ahli politik dan Presiden Amerika Syarikat ke-16. Beliau berkhidmat sebagai presiden dari tahun 1861 hingga 1865, semasa Perang Saudara Amerika di mana bala tentera Kesatuan pimpinan beliau berjaya menumpaskan pihak Negeri-Negeri Gabungan memberontak enggan menghapuskan perhambaan di kawasan mereka selatan Amerika Syarikat. Namun, beliau dibunuh lima hari selepas kejayaan ini oleh seorang pelakon teater yang menyokong Gabungan itu - beliau merupakan presiden pertama yang dibunuh semasa tempoh penjawatannya.
Beliaun telah dikenang sebagai "Great Emancipator" kerana usahanya menghapuskan perhambaan se-Amerika Syarikat lalu memberikan peluang orang kulit hitam hidup setara dengan warga kulit putih di negaratersebut sebagai manusia yang merdeka.