Karel Čapek
Karel Čapek | |
|---|---|
| Lahir | 9 Januari 1890 Malé Svatoňovice, Austria-Hungary (kini Czechia) |
| Meninggal dunia | 25 Disember 1938 (umur 48) Praha, Czechoslovakia (kini Czechia) |
| Nama pena | K. Č., B. Č. |
| Pekerjaan | Penulis novel dan drama, wartawan |
| Warganegara | Czech |
| Alma mater | Universiti Karlova |
| Genre | Cereka sains, dongeng, satira politik |
| Karya terkenal | R.U.R Válka s mloky Bílá nemoc Továrna na absolutno Krakatit |
| Anugerah | Darajh Tomáš Garrigue Masaryk (anumerta) |
| Pasangan | Olga Scheinpflugová |
| Saudara | Josef Čapek (abang) Helena Čapková (adik) |
| Tandatangan | |
Karel Čapek (disebut [ˈkarɛl ˈtʃapɛk , terdekat ka.rél ca.pék]; 9 Januari 1890 – 25 Disember 1938) merupakan seorang penulis dan pengulas sastera Czech. Beliau mengkhusus dalam genre cereka sains; drama Rossumovi Univerzální Roboti (1920) terutamanya memperkenalkan perkataan yang mencetuskan konsep robot. Namun beliau juga menulis mengenai pemikiran politik yang lebih langgas ketika berlakunya pergolakan dalam negaranya serta menangkisi kemaraan fasisme dan komunisme di benua Eropah.,
Beliau pernah dicalonkan sebanyak tujuh kali untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan namun gagal. Walau bagaimanapun, sumbangan Čapek masih dihargai melalui seberapa hadiah dan anugerah memperingati pemikiran beliau sepert Hadiah Karel Čapek Prize yang mengkhusus kepada pengukuhan pemikiran demokratik dan berperikemanusiaan dalam masyarakat.
Beliau adik kepada Josef Čapek, juga seorang penulis dan pelukis.