Nenek Bongkok Tiga

Nenek Bongkok Tiga
GenreThriller, Misteri, Cerita Rakyat Melayu
PenciptaAzhar Amirulhisyam
Ditulis oleh
  • Azhar Amirulhisyam
  • Ifan Adriansyah Ismail
  • Sammaria Simanjuntak
  • Nonny Boenawan
  • Satpal Kaler
PengarahYusry Abdul Halim
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifKingsley Warner (Viu)
PenerbitZurina Ramli
PenyuntingJohan Bahar
LokasiMalaysia
SinematografiIrwan Munir
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran50–55 minit
Syarikat penerbitan
Independent Pictures
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 Februari 2023 – 30 Mac 2023
Pautan luar
Laman sesawang

Nenek Bongkok Tiga ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2023 arahan Yusry Abdul Halim dan dicipta oleh Azhar Amirulhisyam. Dibintangi oleh Hun Haqeem, Meerqeen, Sherie Merlis, Sofia Jane, Sara Ali, dan Syafie Naswip, siri ini memulakan tayangan perdana di Viu dari 9 Februari 2023 sehingga 30 Mac 2023 dengan 2 episod ditayangkan setiap Khamis. Siri ini merupakan salah satu siri drama web terbaik di tahun 2023 yang merangkul lima anugerah utama di Asian Academy Creative Awards, di antaranya termasuklah kategori Best Original Production by a Streamer/OTT dan Best VFX.