Meerqeen

Meerqeen
Kelahiran
Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam

(2001-06-04) 4 Jun 2001
PendidikanDiploma Jurusan Insurans
Pusat pendidikanKolej Vokasional Gombak
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2020–kini
KeluargaSafura Yaacob (ibu saudara)

Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (Jawi: محمد شامر شوقاين صيفول ايزام; lahir 4 Jun 2001) atau lebih dikenali sebagai Meerqeen merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi lelaki Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor. Kerjayanya bermula apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2019/2020. Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila beliau membawa watak Haqeem menerusi drama Angkara Cinta.