Sofia Jane


Sofia Jane
Kelahiran
Sofia Jane binti Hisham

(1972-02-14) 14 Februari 1972
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1989–kini
PasanganDato' Meor Zain Azman (k. 1995)
Anak-anak4
IbuNoreen Abdullah (lahir Felicity Jane Preveost)
BapaHisham Mohd Pilus

Datin Sofia Jane binti Hisham (lahir 14 Februari 1972) ialah seorang pelakon dan bekas peragawati Malaysia. Pelakon kacukan Inggeris dan Melayu ini dikenali menerusi filem-filem popular lakonannya termasuklah Harry Boy (1992), Kekasih Awal dan Akhir (1993), Perempuan, Isteri dan... (1993) dan Sayang Salmah (1995). Beliau adalah penerima anugerah Artis Paling Popular menerusi penganjuran majlis Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian 1993.