Hun Haqeem
Hun Haqeem | |
|---|---|
Hun Haqeem ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | |
| Kelahiran | Haqeem bin Hermy 7 Januari 1998 |
| Pendidikan | Komunikasi Korporat |
| Pusat pendidikan | Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur |
| Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, penyanyi |
| Tahun aktif | 2019–kini |
Haqeem bin Hermy (lahir 7 Januari 1998), lebih dikenali sebagai Hun Haqeem, merupakan seorang pelakon, model, penyanyi dan hos TV lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi peranan watak pembantu, Ariff dalam drama televisyen pertama, Cari Aku Di Syurga (2019), sebelum meraih populariti lebih meluas menerusi watak Jaafar dalam drama bersiri fenomena Kampung People (2019). Beralih dari peranan watak pembantu utama kepada watak lebih penting dalam naskah, kerjaya lakonan beliau terus melonjak naik setelah memegang watak, Luqman melalui drama Angkara Cinta. Drama yang dinobatkan no.1 menerima jumlah tontonan tertinggi era pandemik COVID-19 tahun 2020-2021 untuk saluran Astro Prima.
Pada tahun 2025, beliau membuat penampilan sulungnya di layar perak menerusi filem Soloz: Game of Life, sebagai Soloz, seorang pemuda dari Negeri Sembilan, satu watak berdasarkan figura sebenar terkenal, Soloz dalam dunia e-sukan Malaysia. Pada bulan julai, beliau kembali dalam projek drama Mandul Bukan Pilihan, memegang watak Aldi Ibrahim, sebuah drama terbitan Astro Ria.