Nasi minyak

Nasi minyak
Nasi minyak dihidangkan di Johor, Malaysia.
JenisHidangan nasi, sajian utama 
Jenis sajianSajian utama
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauAsia Tenggara seperti Malaysia dan Singapore
Suhu penghidanganSuam atau sederhana
Bahan utamaNasi dimasak bersama minyak sapi and rempah ratus
sunting · sunting di Wikidata

Nasi minyak (Jawi: ناسي ميڽق) ialah hidangan nusantara yang dikatakan berasal daripada Asia Tenggara yang dimasak dengan minyak sapi dan rempah. Sekilas pandang, nasi minyak nampak dan rasanya sedikit seperti nasi Kabuli, ini kerana kedua-dua hidangan nasi dipengaruhi oleh masakan India dan Timur Tengah, sebagai bukti penggunaan minyak sapi dan rempah-rempah tertentu. Campuran rempah bumbu yang digunakan termasuk buah pelaga, bunga lawang, cengkih, jintan, kayu manis, bawang merah, bawang putih dan serbuk kari.

Di Palembang, nasi minyak adalah hidangan tradisional perayaan yang biasanya disajikan untuk acara dan perayaan khas. Masjid-masjid tertentu di Palembang menyajikan nasi minyak percuma selepas solat Jumaat.

Di selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura, nasi Minyak dianggap sebagai hidangan istiadat dan biasanya dimakan semasa majlis perkahwinan tradisional orang Melayu. Semasa di negeri pantai timur Terengganu, Kelantan dan Pattani,Selatan Thailand, nasi Minyak adalah hidangan sarapan pagi yang biasa.