Buah pelaga

Buah pelaga (Jawi: بواه ڤلاݢ) atau kapulaga (Jawi: کافولاݢ) merupakan sejenis rempah diperolehi dari lenggai biji dua spesies tumbuhan tertentu iaitu Elettaria cardamomum dan Amomum subulatum; E. cardamomum merupakan jenis pelaga yang paling terkenal bahkan merupakan antara rempah-ratus termahal dijual mengikut berat timbangan.

Negara Guatemala merupakan pengeluar terbesar rempah ini sebanyak antara 25,000 dan 29,000 tan metrik setahun sejak diperkenalkan di sana tahun 1924 disusuli India dengan 15,000 tan metrik setahun.