Naga Cina

Naga Cina
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional
Tulisan Cina Ringkas
Hanyu Pinyinlóng
Vietnamese name
Vietnamese alphabetrồng, long
Korean name
Hangul룡/용
Hanja
Nama Jepun
Hiragana1. りゅう
2. たつ
Kyūjitai
Shinjitai

Naga Cina (Jawi: ناݢ چينا) ialah makhluk legenda dalam mitos dan budaya rakyat Cina, yang sejawat dengan naga-naga, naga biasanya digambarkan sebagai makhluk seakan-akan ular yang panjang, bersisik dan berkaki empat.

Berbeza dengan naga Eropah yang dianggap sebagai jahat, naga Cina melambangkan kekuatan dan tuah, khususnya mengawal air, hujan, dan banjir. Dalam peristilahan yin dan yang, naga adalah yang (jantan) yang melengkapi fenghuang (phoenix Cina) yang bersifat yin (betina).

Walaupun dianggap sebagai lambang negara China oleh masyarakat Barat, namun sebenarnya tidak sedemikian rupanya bagi kedua-dua Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan. Sebaliknya, naga Cina dijadikan lambang kebudayaan yang berwibawa dan bertuah.

Dalam perbualan seharian Cina, sesiapa yang cemerlang dan berkemampuan luar biasa ditarafkan dengan naga manakala yang kurang berkemampuan dan tiada pencapaian pula dibandingkan dengan makhluk-makhluk hina seperti cacing. Terdapat sebilangan besar bidalan dan simpulan bahasa Cina yang menyebut tentang naga, misalnya "Harapkan anak menjadi naga" (望子成龍), yang bermaksud menaruh harapan tinggi kepada anak supaya cemerlang dalam hidup.