Fenghuang

Fenghuang
Patung Fenghuang, kota Nanning, Guangxi, China
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional鳳凰
Tulisan Cina Ringkas凤凰
Vietnamese name
Vietnamese alphabetPhượng/Phụng Hoàng
Korean name
Hangul봉황
Hanja鳳凰
Nama Jepun
Kanji鳳凰

Fenghuang atau burung hong (dialek Baba) ialah raja segala burung dalam mitos Asia Timur. Jantannya dipanggil Feng dan betinanya pula Huang. Walaupun begitu, dewasa ini jantina burung ini jarang dibezakan, maka Feng dan Huang dikaburkan menjadi lambang kebetinaan yang boleh berpasangan dengan naga Cina yang berlambang kejantanan. Fenghuang juga dikenali sebagai "Ayam Jaguh Mulia" (鶤雞 kūnjī) kerana adakalanya mengambil tempat bintang Ayam dalam zodiak Cina. Di dunia Barat, burung mitos ini dikenali sebagai Phoenix Cina, tetapi juga boleh dibandingkan dengan cenderawasih mitos kerana kecantikannya. Kota Purba Fenghuang (凤凰古城) ialah sebuah penempatan kuno yang terletak di wilayah Hunan.