Nabi Syuaib

Syu'aib
شُـعَـيْـب
Jethro
Nama Nabi Syu'aib dalam tulisan khat
Kampung asalMadyan
Anak-anakmempunyai 2 anak perempuan salah satu ialah
SaudaraMusa AS (Menantu)


Nabi Syu'aib a.s. atau Shoaib >, (Arab: شعيب; juga Shu‘ayb, Shu‘aib, Shuaib, Šuaib, Şuayb. "Siapa yang menunjukkan jalan yang benar", ialah seorang Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam yang juga namanya turut disebut didalam al-Qur'an. Baginda Nabi Syu'aib dipercayai ialah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Baginda Nabi Syu'aib telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi Rasul kepada kaum Madyan, membimbing mereka kearah kebenaran serta memberi peringatan, teguran, bencana dan berita gembira kepada mereka. Namun kebanyakan kaumnya telah ingkar, lalu Allah menurunkan azab sengsara kepada kaum Madian dan memusnahkan mereka .