Muizzuddeen Mahyuddin

Mui'zzuddeen Mahyuddin
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Hulu Bernam
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehRosni Sohar
(BNUMNO)
Majoriti669 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Mui'zzuddeen bin Mahyuddin

(1988-04-29) 29 April 1988
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Gabungan politik
lain
Gagasan Sejahtera (GS)
(2016–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2020)
PendidikanSekolah Kebangsaan Serendah (SK Serendah)
Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah (SMA Izzuddin Shah)
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMA Persekutuan Kajang)
Tempat belajarUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN) (Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanJurutera automotif

Mui'zzuddeen bin Mahyuddin (lahir 29 April 1988), lebih dikenali sebagai Muiz Mahyuddin, merupakan seorang ahli politik dan jurutera automotif Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Hulu Bernam sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Hulu Selangor bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini Gagasan Sejahtera (GS). Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian PAS Hulu Selangor dari tahun 2015 hingga 2021.