Sekolah Izzuddin Shah

Sekolah Izzuddin Shah
(SIS)
Alamat
Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh Perak
Ipoh, Perak
 Malaysia
Maklumat
JenisSekolah Menengah Agama
MotoIlaa al-Ghayat al-Quswaa
الى الغاية القصوى (Arab)
(Menuju Matlamat Tertinggi)
Ditubuhkan1959 (Pembinaan bermula pada tahun 1958)
Daerah sekolahKinta Utara
PengetuaTuan Doktor Haji Mazlan Bin Mohd. Zaki (2025-)
GredTingkatan 1 - Tingkatan 6
Bilik kelasMenengah Rendah : Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu Khaldun, Ibnu Nafis Menengah Atas  : Ibnu Sina, Ibnnu Rushd, Ibnu Khaldun, Ibnu Nafis
Rumah-rumahImam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Termizi, Imam Ibnu Majah
Buku tahunanAkrab
AlumniAlumniSISTA @ PBSISTA ( Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah)
Laman sesawanghttp://www.sekizzuddinshah.edu.my
Paparan amaran: Page using Template:Infobox school with unknown parameter "Kod Sekolah"

Sekolah Izzuddin Shah (nama rasmi sekolah mengikut nama asal sewaktu ditubuhkan dan didaftarkan di Jabatan Agama Islam negeri Perak (JAIPk) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta sering disalah tulis dan disalah sebut sebagai Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah) terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh (dahulu dikenali sebagai Jalan Harimau atau Tiger Lane). Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah berkeluasan kira-kira 7 ekar dan bertentangan dengan Jabatan Veterinar Ipoh dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di sebelah timur dan Jabatan Sains Mineral dan Geologi di sebelah tenggara dan Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash serta Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo) di sebelah barat.