Mohd Zaidi Aziz
Mohd Zaidi Aziz | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negeri Perak untuk Slim | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2020 – 17 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | Mohd Khusairi Abdul Talib |
| Digantikan oleh | Muhammad Zulfadli Zainal |
| Majoriti | 10,945 (PRK 2020) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 24 September 1977 Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | UMNO |
| Gabungan politik lain | BN MN PN |
| Pasangan | Juliana Sarip |
| Anak | Aliya Saajidah Zaim Najhan Hasan Khalil Maryam Tihani |
| Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Zaidi Aziz (lahir 24 September 1977) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Slim selama sepenggal (2020-2022).
Sesudah kematian Mohd. Khusairi Abdul Talib, beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Slim. Beliau lalu menghadapi cabaran dari Amir Khusyairi, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang bertanding sebagai bebas. Pada 29 Ogos, beliau berjaya mengalahkan calon PEJUANG dengan majoriti 10,945 undi.
Beliau mengahwini Juliana Sarip dan dikurniakan 4 cahaya mata.
Kerjaya:
- Berniaga/Usahawan
- Aktivis masyarakat
Pengalaman kerja:
- Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Minda Selangor INMINDS (2004-2007)
- Pegawai Pemantau Khas kpd Menteri Besar Selangor (2007-2008)
- Ahli Majlis Daerah Tg Malim (2020)
- Usahawan/Berniaga (Kini)
Pengalaman NGO/Pertubuhan Sukarela
- Penolong Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (2003-06)
- Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM (2001-03)
- AJK Kerja, Majlis Belia Malaysia, MBM (2001-07)
- Ahli Dewan Tertinggi, Majlis Belia Malaysia, MBM (2000-02)
- Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (2001-18)
- Koordinator Program, Majlis Belia Asia, AYC (2005-15)
- Ahli Youth Caucus, Commonwealth Youth Programme Asia Region (2004-07)
- Exco J/Kuasa, Kerjasama Belia ASEAN, CAYC (2004-11)
- SU Agung, J/Kuasa Kerjasama Belia ASEAN, CAYC (2014-Kini)
- SU Agung, Majlis Belia Malaysia, MBM (2010-14)
- Timb Presiden, Majlis Belia Malaysia, MBM (2014-18)
- Timb Presiden, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, FKPB (2019-Kini)
Penglibatan Politik
- AJK Biro Kebajikan UMNO Malaysia (2015-18)
- Ketua Pemuda Cawangan Slim Village (2000-18)
- AJK Pemuda UMNO Bhg (2000-13)
- Ketua Penerangan UMNO Bhg (2013-18)
- Ketua UMNO Cawangan Slim Village (2018-Kini)
- Timb Ketua UMNO Bhg Tg Malim (2018-Kini)
- Kini Pemangku Ketua UMNO Bhg Tg Malim (kini)
Pingat Penghargaan
- Pingat Jasa Kebaktian, PJK (Melaka) 2013
- Pingat Pekerti Terpilih, PPT (Perak) 2016
Pendidikan:
- Ijazah drpd Universiti Islam Antarabangsa – 2001 (Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences, IRKHS)