Mohd Syahbuddin Hashim

Mohd Syahbuddin Hashim
محمّد شهب ٱلدين هشيم
Ketua Pembangkang Kelantan
Menyandang jawatan
5 September 2023
RajaSultan Muhammad V
Menteri BesarMohd Nassuruddin Daud
Didahului olehMd Alwi Che Ahmad
Kawasan pilihan rayaGalas
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Galas
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului oleh Ab Aziz Yusoff
Majoriti1,738 (2018)
3,337 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd Syahbuddin bin Hashim

(1980-09-20) 20 September 1980
Kelantan, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PekerjaanAhli politik

Dato' Mohd Syahbuddin bin Hashim (Jawi: محمّد شهب الدين هشيم; lahir 20 September 1980) merupakan ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Kelantan sejak September 2023 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) untuk Galas sejak Mei 2018. Beliau adalah ahli dan Timbalan Ketua Bahagian Gua Musang daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau juga kini merupakan satu-satunya Ketua Pembangkang BN dan UMNO Negeri.

Daripada Pilihan Raya Negeri 2023 hingga Pilihan raya kecil Nenggiri 2024, beliau merupakan wakil BN dan UMNO tunggal di keempat-empat negeri yang diperintah oleh Perikatan Nasional (PN), iaitu Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani kemudian menyertainya selepas beliau memenangi pilihan raya kecil itu. Kedua-dua mereka, bersama-sama dengan ADUN Kota Lama, Hafidzah Mustakim daripada Pakatan Harapan (PH) dan Parti Amanah Negara (AMANAH), adalah satu-satunya tiga ADUN pembangkang Kelantan.