Galas (kawasan negeri)

N.45 Galas
Kawasan pilihan raya  Kelantan
Koordinat:4°49′47″N 101°54′21″E / 4.829768°N 101.905964°E / 4.829768; 101.905964
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Kelantan
ADUN
 
 
 
Mohd Syahbuddin Hashim
BN
Kawasan pilihan raya diwujudkan1984
Kali pertama dipertandingkan1986
Kali terakhir dipertandingkan2023
Demografi
Populasi (2020)50,230
Pemilih (2018)20,399
Luas (km²)2,827

Galas merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Kelantan, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dengan kod N.45. Kawasan pilihan raya ini mula dipertandingkan pada pilihan raya 1986 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Kelantan mengikut sistem undian terbanyak. Galas merupakan satu daripada tiga kawasan pilihan raya negeri yang terletak di dalam kawasan parlimen Gua Musang (P.032).