Mohamed Hanifah Abdul Ghani
Dato' Seri Maharaja Diraja, Datuk Mohamed Hanifah Abdul Ghani | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Pasir Mas Hulu | |
| Dalam jawatan 1959–1963 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Abdul Samad Gul Ahmad Mianji |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Seremban Timur | |
| Dalam jawatan 1955–1959 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Gurnam Singh Gill |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 April 1923 Batu 8, Labu, Seremban, Negeri Sembilan |
| Meninggal dunia | 27 Februari 1980 Rasah, Negeri Sembilan |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (Sejak 1957) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Hingga 1957) |
Dato' Seri Maharaja Diraja Datuk Mohamed Hanifah Abdul Ghani atau Dato' Raja Hanifah merupakan ahli politik Malaysia. Beliau menang bertanding dalam pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Pasir Mas Hulu, Kelantan (1959-1964) mewakili PAS. Beliau menang bertanding di DUN Seremban Timur, Negeri Sembilan dalam pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 mewakili UMNO. Beliau menyertai PAS pada 1957.
Abu Hanifah pernah menjadi pengarah pilihan raya PAS sekitar tahun 1965 dan pernah menjadi Naib Yang diPertua PAS.
Beliau juga merupakan salah seorang pembesar adat di Luak Sungai Ujong dengan gelaran Dato' Seri Maharaja Diraja