Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955

27 Julai 1955

52 daripada 98 kerusi dalam Majlis Perundangan Persekutuan
27 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar1,280,855
Pengundi hadir80.2%
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Tunku Abdul Rahman Abbas Alias
Parti UMNO PMIP
Gabungan Perikatan
Kerusi yang
dimenangi
51 1
Undian popular 818,013 40,667
Peratusan 81.68% 4.06%

Keputusan mengikut kawasan

Ketua Menteri dipilih

Tunku Abdul Rahman
Perikatan

Pilihan raya umum telah diadakan di Persekutuan Tanah Melayu pada Rabu, 27 Julai 1955, satu-satunya pilihan raya umum sebelum kemerdekaan pada 1957. Pilihan raya ini dianjurkan bagi memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan, yang mana sebelum ini anggotanya dilantik sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Proses pengundian berlaku di kesemua 52 kawasan persekutuan, bagi memilih seorang anggota. Pilihan raya negeri pula diadakan di setiap 136 kawasan negeri di 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat dari 10 Oktober 1954 hingga 12 November 1955, bagi memilih seorang ahli majlis bagi Majlis Perundangan Negeri.

Pilihan raya ini memberikan keputusan kemenangan besar buat Parti Perikatan, sebuah kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC), dan kekalahan yang besar buat Parti Negara. Parti Islam Se-Tanah Melayu turut berhasil menempatkan seorang wakil dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan berjaya membentuk kerajaan dengan pemimpinnya, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.

Pilihan raya ini juga menampilkan MIC yang bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

30 calon Perikatan memperoleh majoriti melebihi 10,000 undi. Sembilan daripadanya memperoleh majoriti melebihi 20,000 undi. 43 lawan mereka hilang deposit.