Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 104 kerusi dalam Dewan Rakyat 53 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Terdaftar | 2,133,272 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pengundi hadir | 1,564,575 (73.34%) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan mengikut kawasan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepas kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 1959 dan juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di Semenanjung Malaysia.
Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA); dan Kongres India Malaya (MIC) yang mewakili tiga kaum utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Perikatan juga berjaya meraih majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi. Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 30 kerusi yang tinggal.
Pilihan raya negeri juga telah diadakan di setiap 282 kawasan negeri di 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dari 20 Mei hingga 24 Jun 1959, bagi memilih seorang ahli majlis bagi Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya negeri ini telah menyaksikan kemenangan PMIP dalam mengambil alih pemerintahan di Kelantan dan Terengganu.