Mat Moto

Mat Moto
Poster keluaran tayangan
Pengarah
PenulisPekin Ibrahim
Lakon layarPekin Ibrahim
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehAkashdeep Singh
Muzik oleh
  • Pekin Ibrahim
  • Faizal Karim
  • Shafiq Razak
  • MonoloQue
Syarikat
penerbitan
  • Viper Studios
  • FIMTAB
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 14 Januari 2016 (2016-01-14) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1 juta
Pecah panggungRM 4.39 juta

Mat Moto (biasa dikenali sebagai Mat Moto: Kami Mat Moto, Bukan Mat Rempit) merupakan filem aksi permotoran Malaysia 2016 arahan Pekin Ibrahim dan Syafiq Yusof dalam pengarahan sulungnya dan dibintangi oleh barisan pelakon bertaraf A-list iaitu beliau sendiri, Falisha Crossley, Zul Huzaimy, Rosyam Nor, Faizal Hussein, Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Cat Farish, Kamarool Hj. Yusof dan Hakim Nawawi.

Filem ini mengisahkan mengenai AL (Pekin Ibrahim), seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat memiliki empat jenis helmet istimewa yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air. Pada masa sama Sikha (Falisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL turut mengikuti lelaki itu dalam pengembaraan untuk mencari keempat-empat helmet tersebut dan ketika itu bermula bibit cinta di antara mereka. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2016. Filem ini telah memenangi tiga dari lapan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28. Kesinambungan untuk filem ini, sedang dalam perancangan dengan Pekin kembali mengarah, menulis skrip dan menjayakan peranannya.