Zaleha Hamid

Zaleha Hamid
Kulit abum Zaleha Hamid.
Kelahiran
Siti Zaleha binti Abdul Hamid

(1957-08-31)31 Ogos 1957
Meninggal dunia19 Jun 2025(2025-06-19) (umur 67)
Sebab kematianJangkitan kuman paru-paru
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Sungai Danga, Johor Bahru
Nama lainMama Zaleha
Pekerjaan
Tahun aktif1969–2025
PasanganUngku Sulaiman Ungku Aziz
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenrePop, Pop Tradisional & Dangdut
Alat muzikVokal
DiskografiLihat: Zaleha Hamid discography (en)
Syarikat rakamanUnion Record
EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.
LIFE Records
Kegiatan berkaitanOrkes Zindegi, Sudirman, Abdullah Chik, Herman Tino, S. M. Salim, Ismail Haron, M. Daud Kilau, Ahmad Jais, Jamal Abdillah, R. Ismail, Jatt Ali, Sanisah Huri, Rahila Rashun, J. Sham, Jalil Hamid, Fazidah Joned, Kartina Dahari, M. Nasir

Siti Zaleha Abdul Hamid (31 Ogos 1957 – 19 Jun 2025) merupakan penyanyi dan penghibur yang terkenal di Malaysia dan Singapura. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang perintis awal kepada irama muzik dangdut di Malaysia pada era 80an dan terkenal dengan gelaran sebagai Ratu Dangdut Malaysia malah beliau turut digelar sebagai Ratu Dangdut Singapura dek kerana populariti yang berjaya diraih di negara itu. Walaupun Zaleha kurang muncul di kaca TV, namun beliau masih lagi aktif dalam bidang seni dan masih juga menerima undangan untuk membuat persembahan diserata negara. Antara lagu-lagu Zaleha yang masih diingati sehingga kini adalah Dangdut Reggae, Kerana Pengalaman, Nasib Janda, Jangan Segan Segan, Pria Idaman, Jangan Kau Tangiskan, Kekasih Di Tangan Orang, Keluar Masuk, Jagung Bakar, Sakit Tapi Asyik, Takut Tapi Mengasyikkan, Sini Enak Sana Enak dan Teruna Idaman.