Maliaman Kassim
Maliaman Kassim | |
|---|---|
| ماليامن بن قاسم | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Negara) | |
| Menyandang jawatan 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
| Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
| Timbalan | Zuraida Md Noor |
| Didahului oleh | Hanafiah Mat |
| Kawasan pilihan raya | Ajil |
| Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Pelaksanaan Syariah, Pendidikan & Pengajian Tinggi) | |
| Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 15 Ogos 2023 | |
| Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
| Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
| Ahli | Satiful Bahari Mamat |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Ahmad Shah Muhamed (Pendidikan & Pengajian Tinggi) Ridzuan Hashim (Pelaksanaan Syariah) |
| Kawasan pilihan raya | Ajil |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Ajil | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Ghazali Taib (BN–UMNO) |
| Majoriti | 4 (2018) 6,258 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Maliaman bin Kassim 3 Februari 1963 Terengganu, Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Guru |
Yang Berhormat Ustaz Haji Maliaman bin Kassim (lahir 3 Februari 1963) merupakan ahli politik dan guru Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) untuk Ajil sejak Mei 2018. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan PN. Beliau juga merupakan wakil rakyat dan pemenang pilihan raya dengan majoriti terkecil dalam sejarah pilihan raya Terengganu dan Malaysia, memenangi tipis kerusi DUN Ajil dengan majoriti hanya 4 undi pada pilihan raya negeri Terengganu 2018.