Ustaz
Ustaz (Jawi: استاذ) adalah kata pinjaman dari bahasa Arab yang mempunyai maksud di dalam bahasa Melayu sebagai: (1) tuan; atau (2) guru agama (lelaki). Manakala ustazah (Jawi: استاذة) adalah kata pinjaman dari bahasa Arab yang mempunyai maksud di dalam bahasa Melayu sebagai: guru agama (perempuan). Asatizah (Jawi: أساتيزة) merupakan kata jamak bagi perkataan ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah atau ustaz dan ustazah.
Dalam masyarakat Melayu, ustaz dikhususkan kepada mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid, pondok dan sebagainya.
Tok guru pula merujuk kepada guru agama yang memiliki kepimpinan rohaniah.