Malcolm in the Middle
| Malcolm in the Middle | |
|---|---|
| Format | Komedi) |
| Pencipta | Linwood Boomer |
Dibintangi oleh | Frankie Muniz Jane Kaczmarek Bryan Cranston Christopher Masterson Justin Berfield Erik Per Sullivan |
| Lagu pembukaan | "Boss of Me" by They Might Be Giants |
| Negara asal | Amerika Syarikat |
| Bilangan episod | 151 |
| Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Kamera tunggal |
| Tempoh siaran | 22 mins (tanpa iklan) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | FOX Astro Warna |
| Siaran asal | 9 Januari, 2000 – 14 Mei, 2006 |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Malcolm in the Middle merupakan pemenang tujuh kali Anugerah Emmy, Grammy dan mendapat pencalonan sebanyak tujuh kali untuk Anugerah Golden Globe. Drama komedi keluarga yang diterbitkan di Amerika Syarikat ini, dicipta oleh Linwood Boomer untuk Fox Network. Buat julang kali drama ini dipertontonkan pada 9 Januari 2000, dan berakhir pada 14 Mei, 2006, setelah tujuh musim keudara..
Rancangan ini lebih banyak berkisar kepada kehidupan Frankie Muniz sebagaiMalcolm Wilkerson, anak keempat dalam keluarga (kini mempunyai lima orang) dan anak kepada pasangan Lois Wilkerson (Jane Kaczmarek) dan Hal Wilkerson (Bryan Cranston). Anak sulung keluarga ini ialah Francis Wilkerson (Christopher Masterson), telah ditawarkan ke sekolah tentera, meninggalkan tiga orang adik-beradiknya: Reese Wilkerson (Justin Berfield), Malcolm, dan Dewey Wilkerson (Erik Per Sullivan). Pada permulaan musim, rancangan ini lebih menumpukan kepada kepandaian dan kepelikan anak muda bernama Malcolm. Musim-musim seterusnya masih berkisar kepada kehidupan Malcolm tetapi menceritakan bagaimana Malcolm menghadapi teman-teman di sekolah serta keluarga yang penuh dengan masalah.
Antara tetamu yang pernah hadir dalam Andy Richter, Christopher Lloyd, Patrick Warburton, Stephen Root, Jason Alexander, Laurie Metcalf, Amy Bruckner, Bea Arthur, Betty White, Hallee Hirsh, Lauren Storm, Dakota Fanning, Ashlee Simpson, Tom Green, Christina Ricci, Danielle Panabaker, Susan Sarandon, Heidi Klum, Shawn Pyfromdan Bradley Whitford (suami Jane Kaczmarek).