Astro Warna

Astro Warna
Negara Malaysia
Kawasan penyiaran Malaysia
 Brunei
SloganDunia Tanpa Tekanan
Ingat Komedi, Ingat Astro Warna
(1 Jun 2009 - 10 Mei 2017)
Ibu pejabat Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Pertubuhan indukAstro
Saluran saudaraAstro Ria
Astro Prima
Astro Oasis
Astro Citra
Astro Rania
Astro Aura
Sejarah
Dilancarkan 1 Jun 2009 (2009-06-01) (SD)
11 Mei 2017 (2017-05-11) (HD)
Ditutup 11 April 2021 (2021-04-11) (SD)
31 Mac 2022 (2022-03-31) (HD)
3 Disember 2024 (2024-12-03) (HD)
Digantikan olehAstro Prima
Paparan amaran: Halaman menggunakan Template:Infobox television channel dengan parameter tidak diketahui "slogan"

Astro Warna ialah saluran televisyen satelit ke udara yang dimiliki oleh Astro dan dilancarkan pada 1 Jun 2009 bersama Astro Citra melalui pek "Mustika" (dibubarkan dan bergabung dengan Primary Pack pada November 2021). Astro Warna menyiarkan pengaturcaraan komedi dan variasi hiburan selama 24 jam yang mengabungkan drama-drama ringan, sitkom, bual bicara santai, permainan (game show) dan rancangan realiti tv yang berkaitan dengan komedi sahaja untuk semua peringkat umur.

Ia juga merupakan saluran pertama Astro yang disiar melalui StarHub TV, perkhidmatan TV kabel di Singapura oleh StarHub bersama Astro Sensasi. Setelah 15 tahun bersiaran, Astro mengesahkan bahawa Astro Warna rasmi ditamatkan pada 3 Disember 2024, jam 12:00 tengah malam. Sebelum ditamatkan, pada 20 November 2024 yang lalu, kandungan utamanya bersiaran secara berperingkat di Astro Prima sebelum kekal disiarkan di saluran itu.

Kini, Astro Warna masih disiarkan sepenuhnya di Singapura sahaja melalui StarHub.

Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.