Heidi Klum

Heidi Klum
Heidi Klum di Anugerah Muzik iHeartRadio 2019
Kelahiran (1973-06-01) 1 Jun 1973
Kerakyatan
Pekerjaan
PasanganRic Pipino (k. 1997; c. 2002)
Seal (k. 2005; c. 2014)
Tom Kaulitz (k. 2019)
Anak-anak4
Maklumat pemodelan
Ketinggian176 cm (5 ka 9 in)
Warna rambut
  • Blond
  • Coklat (asli)
Warna mataHazel
Agensid'management group (Milan)
Laman web rasmiwww.heidiklum.de

Heidi Klum (Sebutan bahasa Jerman: [ˈhaɪ̯diː ˈklʊm]; lahir 1 Jun 1973) ialah model, personaliti televisyen, ahli perniagaan, pereka fesyen, penyanyi, penerbit televisyen, penulis, dan pelakon Jerman-Amerika. Beliau muncul di kulit depan Sports Illustrated Swimsuit Issue pada 1998 dan merupakan model Jerman pertama yang menjadi Victoria's Secret Angel.

Pada Mei 2011, majalah Forbes menganggarkan jumlah pendapatan Klum bagi tahun itu sebanyak US$20 juta. Beliau menduduki tempat kedua dalam senarai "Model Bergaji Tinggi" Forbes. Forbes berkata sejak mengakhiri perjalanannya selama 13 tahun sebagai Victoria's Secret Angel, Klum telah menjadi ahli perniagaan daripada model. Pada tahun 2008, beliau menjadi warganegara Amerika sambil mengenalkan kewarganegaraan peribumi Jermannya.